Wednesday, January 27, 2010

PAS BERGOLAK...BETUI KA DOK BEREBUT PEMANGKU MB?








Terkini dan terhangat dalam sembang kedai kopi,kepimpinan PAS tengah dok berebut nak jadi pemangku MB Kedah,Ustaz Azizan dikhabarkan kelabu mata dan nak kena pi berubat,sebelum pi nak kena lantik lah pemangku MB bagi menjalankan urusan pentadbiran negeri.


YB Amiruddin dikatakan paling layak jadi pemangku kerana pengalaman dan seniority dalam pentadbiran politik PAS Kedah tetapi ada puak-puak PAS yang lain tak mau kepada YB Amiruddin kerana dia ni dari baka UMNO,Puak-puak ni lebih setuju dan mau pada YB Pharolrazi kerana YB Pengkalan kundur ni sememangnya PAS totok.maka terdengarlah hang kata aku,aku pun kata kat hang dalam PAS la ni disemua tempat,tapi berkisar diperingkat pemimpin saja,ahli PAS dan rakyat tak banyak yang tau,sebab depa pandai sembunyi bab ni.


Sebenarnya sejak Ustaz Azizan jadi MB kedah dari awai lagi dah ada rebutan tempat tu,dah bergolak lama dah,maklumlah baru dapat habuan untuk memerintah,biasalah kaduk pun boleh naik junjung,tetapi Kepimpinan PAS amat pandai berretorik untuk menyimpan isu ini dari pengetahuan sekelian rakyat,banyak rakyat tak tau,termasuklah masa nak lantik pengerusi MKK pun dikampong-kampong ada juga berrebut,yang dapat seronoklah,yang tak dapat mulalah berpaling muka,kata orang buat donno sajalah.


Rasa-rasanya eloklah pemimpin PAS yang ada gelaran YB di kedah ni berrebut jawatan,ambiklah peluang jadi MB pula,sebab kut tak dan nak merasa lepas ni,Ustaz Azizan tengah uzur dan dah berumur pula,bagi peluanglah pada YB yang muda-muda lagi berkelayakan untuk merasa jadi MB,kut nanti jadi pilihanraya umum ke13 kalah pula,kempunan nak jadi MB.Mana nak tau macam-macam boleh jadi,elok masa la lah kena berebut,kalau menang PRU13 sambong terus.


Sesungguhnya POLITIK melayu sama saja,tak kira PAS ka,UMNO ka,PKR ka,semuanya ada kepentingan sendiri,masing-masing nak jadi jaguh untuk memimpin,kadang-kadang bila tengok kedah la ni dah tak macam dulu lagi ,dulu peluang cari makan mudah dan senang,la amboi mak payah sungguh nak cari makan,yang dok nampak signboard KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA,nikmat apa kejadahnya kalau nak kerja cari makan pun susah,ni yang orang ramai dah dok bercakap la ni KEDAH SEJAHTERA RAKYAT SENGSARA.mana tak sengsara tak dak peluang untuk nak cari apa pun tambahan pendapatan,peluang kerja pun tak dak,harap dok tadbir benda lama saja,projek baru langsung tak dak,sengsaralah jadi rakyat kedah la ni.