Sunday, February 28, 2010

Siapa exco Kedah yang digugurkan...?

Dari Wisma Darulaman,terdengar soksek-soksek depa dok cakap yang ada exco kena gugur,depa kata pula exco yang akan kena gugur terdiri dari golongan yang berbaka dari UMNO,betoi ka....tak dapat pasti lagi selagi MB Ustaz Azizan tak umum senarai Barisan Baru Exco Kedah bulan depan.

Ada sukusakat dari PAS kawasan yang dekat dengan Wisma Darulaman ada kata,exco yang digugurkan nanti bersebab,atau mungkin tak sebulu kut dengan MB.

Ada dikalangan penyokong PAS dok bercakap ,depa kalau boleh nak tengok exco baru dilantik dari kalangan pemimpin PAS yang berjiwa rakyat,tak mau dari golongan yang dok berjuang untuk kepentingan sendiri dan keluarga serta kawan-kawan saja.(rasa-rasa cam ada exco yang penyokong PAS tak berkenan )

Apa pun yang diumumkan nanti,samaada digugur atau tidak ,tak kan ada kesannya pada rakyat kedah,yang ada exco la ni pun hanya tumpang toi apa yang ada saja,tak dak satu benda baru dibuat untuk faedah rakyat kedah selain momokan slogan saja,MB pun tak boleh nak buat perubahan apa pun dalam pentadbiran kedah walaupun dalam kempen PRU12 dulu macam-macam ditawarkan kalau menang dan perintah kedah,la ni tengoklah apa yang dibuat,buat SADA (syarikat air Darul Aman) pun dok tekan rakyat,dulu biasa bil air yang digunakan cuma RM10 hingga RM13 la ni melambung sampai RM30 ke RM40 sebulan.Cam ni ka dok kata Kedah Sejahtera?.....Poddahhhhhhhhhh.










Friday, February 19, 2010

KOTA SIPUTEH: Bersediakah UMNO ?...


BERSEDIAKAH UMNO?....jangan jadi seperti kata orang ,tak dak kojo cari kojo,dapat kojo tercongang-congang.

Sejarah Kota Siputeh terlalu sinonim dengan masyarakat setempat,UMNO dah lama berbakti dan melakar khidmat kepada rakyat disini,tak kan nak dilepaskan kepada PAS yang jelas hanya mengaut untung hasil kerja keras UMNO saja.

Tinjauan dari perspektif politik dapat diandaikan rakyat masih memerlukan UMNO sebagai wadah untuk membela nasib rakyat di DUN ini,akan tetapi kesilapan dan perancangan yang tak menepati kehendak pengundi boleh membawa padah,jesteru itu UMNO mesti bertindak bukan lagi untuk mempertahankan diri saja tetapi perlu menyerang disetiap pelusuk kelemahan parti lawan,sah parti lawan juga banyak kelemahan,Inilah peluang UMNO dan jangan leka dan membiarkan begitu saja.

UMNO telah tersedia lengkap dengan pengalaman medan tempur politik sejak sekian lama,tetapi masih ada lagi panglima perang UMNO yang suka bersantai selesa biarpun berada ditengah medan perang,inilah barah tulang dalam UMNO yang perlu dikikiskan,pastikan panglima perang UMNO dari mereka yang berkebolehan dengan pengalaman serta berjiwa rakyat demi merakyat dan memperkasakan UMNO untuk menang PRK tersebut jika ada.

Kata pepatah cina, mengejar burung yang terbang,kura-kura dikaki disepak buang,ini perlu dihindarkan demi kemenangan UMNO.







Wednesday, February 17, 2010


UMNO JUARA RAKYAT
UMNO PARTI KERAMAT;
Perjuangan membela nasib rakyat,
Demi Agama,Bangsa dan Negara

Wahai Bangsaku Melayu,
Wahai Umat Muhammad,
Yakinlah dengan niat yang suci murni,
Negara ini milik kita,

Kitalah pembawa obor perjuangan,
Semarakkan sinar cahaya harapan,
Sebagai penyuluh haluan perjalanan,
Demi anak cucu kita yang mendatang.

Hari ini jalan berliku-liku,
Jangan patah dan langkah seribu,
Perteguhkan amanah ini Bangsaku,
Demi perjuangan anak Bangsa

Kerana....

Jika tidak kita,siapa?.......
Jika tidak hari ini,bila?............
Jika tidak bermula disini,dimana?.........

Ayuh wahai Bangsaku,
Lonjakkan semangat perjuangan,
Daulatkan Agama mu,
Perteguhkan Bangsa mu,
Julangkan Negara mu.

Marilah bersama membina insan,
Sejarah mengukir warisan,
Menuju wawasan Bangsa terbilang.








Sunday, February 14, 2010

PAKAT MAI RAMAI-RAMAI



PAKAT MAI RAMAI-RAMAI KE MAJLIS TERSEBUT,JUMPA DENGAN ANAK JATI SEDAKA.





Saturday, February 13, 2010

JERAI KIAN MENJUARAI RAKYAT


MAKLUMAT TERKINI : UMNO JERAI sedang giat mempromosikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Jerai.

Dengar habag,Dato Shafie Afdal akan melancarkannya di Kampong Ruat pada hujung bulan ini.program membela rakyat ini dok dengar-dengar ada banyak program kebajikan yang diberikan kepada rakyat diseluruh Jerai tanpa dok kira fahaman politik.

Akar umbi Jerai juga la ni dok bercakap,pemimpin PAS Jerai dok kalut bagi buah limau kat orang cina di yan,guag cempedak dan sg limau,yang peliknya selalu yang dok tengok orang cina yang bagi kat orang melayu buah limau bila mai gong xi fat choy,ni terbalik kuang pula bila PAS bagi buah limau kat orang cina,ada juga yang tengok pemimpin PAS Jerai sanggup bersalam dengan sorang nyonya tua yang baru habis basuh daging babi,punya teruja nak bagi limau,hai tak tau lah PAS oh PAS.

Apa pun dok dengar juga yang UMNO Jerai akan menyertai Jamuan Rumah Terbuka BN Jerai yang diadakan sempena Tahun Baru Cina di guag Cempedak dengan tema 1 Malaysia.

La ni dok dengar juga yang gerak kerja penerangan UMNO Jerai cukup hebat dengan ceramah penerangan pasai isu-isu semasa ,Penerangan UMNO nampak gayanya macam dapat dos baru dalam mengerakkan aturcara aktiviti UMNO,Baguihlah kalau macam tu,harap-harap berterusanlah.

Dato mie juga depa bagi tau dah mula pandai susun atur gerak kerja politik UMNO Jerai,dengar habag banyak rakyat miskin akan dapat pembelaan dari UMNO Jerai,kalau yang miskin tegar akan dibantu,yang sakit diubati,yang pandai belajar akan dibela dan disara,sempena bulan kebajikan Juara Rakyat,UMNO akan bertekad akan menjadi Juara dalam membela kehidupan rakyat dari dulu,kini dan sampai bila-bila kerana selagi ada UMNO selagi itulah akan ada pembelaan untuk rakyat.







Tuesday, February 9, 2010

SEJAHTERAKAH RAKYAT KEDAH?.......

Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua,tu dia slogan yang telah dibillboard penoh satu negeri kedah ,sejahtera tu sejahtera lah tapi nikmat tu sapa yang dapat mengecapinya.

Kerajaan Kedah pimpinan PAS ni nampak gayanya banyak dok war-warkan pelbagai slogan,tapi yang nyata la ni rakyat tak dapat apa-apa pun faedah dengan slogan-slogan tu,hanya dok nampak poster ustaz azizan saja dok merata simpang jalan.

Nampak sangat Kerajaan PAS Kedah dok pebodo rakyat kedah,bagi segenggam dia kepoi secupak,Kedah sejahtera rakyat makin sengsara,dah la JBA diperbadankan dengan nama SADA,Harga air dengan bil yang melambung tinggi,air pula selalu terputus,air berselut pun kena bayar juga ka?,,...ni ka yang kata sejahtera?............

Bila Dato Shafie Afdal kata Kedah tak dak pembangunan untuk rakyat,MB Ustaz Azizan pun melatah,tapi hakikatnya memang betoi apa kedah la ni tak dak pembangunan untuk merancakkan lagi ekonomi negeri dan rakyat kedah akan bersenang dengan menikmati limpahan ekonomi hasil pimpinan PAS,Ni tak dak apa pun,yang ada hanyalah dok cerita bagi beras kat orang tua,bagi kasut kat budak sekolah bagi gerek kat orang jalan kaki,lain apa ada?..

Dulu dalam pimpinan UMNO banyak rakyat senang,kalau ada yang susah pun sebab depa ni memang suka cari susah,kerja ada tapi tak mau kerja,kalau mau kerja takkan jadi susah sebab banyak peluang pekerjaan yang dijana hasil pimpinan UMNO,la nak kerja pun tak dak sebab peluang pekerjaan tak dak,nak ada lagu mana kalau pelabur pun tak kebulur nak mai melabur di kedah.

Apa yang pasti la ni slogan Kedah Sejahtera tapi rakyat makin sengsara,pakat mailah kita tukar buang PAS,kita ganti dengan UMNO/BN semula untuk memimpin negeri kedah,kerana rakyat makin susah la ni.

Monday, February 1, 2010

UMNO JERAI TERKENA SINDROM JOLOK PUCUK

UMNO JERAI makin gawat bila Ketua tak boleh nak uruskan Bahagian,tu yang dok ligat orang bercakap la ni,betoi ka tak betoi kenalah tanya empunya badan kan ka?...
Dah la Ketua dengan cara dia,Timbalan pulak tak boleh berfungsi,hanya harapkan PA saja,Naib pula banyak program tapi lebih dalam DUN SG.LIMAU almaklumlah Penyelaras DUN.
Tu sebahagian rungutan yang ahli UMNO Cawangan dok mula bercakap yang dan penulis dengar.

Ketua Pemuda dan Ketua Wanita ada banyak program depa,Pemuda dengan Bolasepak Piala Jamilkhir la dan lagi dan lagi...Wanita ada dok dengar ada program Jalinan Rakyat la dan lagi dan lagi dan lagi,Puteri hai entahlah tak dengar pun.

ADUN GUAR CEMPEDAK satu-satunya ADUN UMNO JERAI pun ada aktiviti dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun,banyak juga program yang dibuat untuk rakyat,elok lah tu.

Yang dok musykil la ni kan ka bukan apa ,dok tengok tak dak program yang dikeluarkan oleh UMNO Bahagian Jerai yang mana seluruh anggota dari pelbagai Jawatan dalam UMNO Bahagian terlibat,yang dok nampak kan ka masing-masing buat keja untuk jolok pucuk depa saja,UMNO Bahagian biar kering layu macam tak cukup vitamin pun,kalau macam ni kan ka teruk lah ahli UMNO yang dibawah nak bertojai dengan pembangkang masa pilihanraya nanti.

Apa jadi ni,Kalau Ketua tak boleh nak uruskan UMNO Bahagian,macamana pula nanti nak kepong pengundi untuk undi BN,Nampak sangatlah kalah awai tak dan nak bertarung lagi,
harap-harap Ketua Bahagian cepat-cepatlah kembali jadi Ketua yang berupaya menguruskan perjalanan UMNO Bahagian Jerai.