Saturday, November 28, 2009

Akan bertunaskah Jamilkhir di TUNAS BARU?


Tu dia...dengar kata Dato Jamilkhir sah menganggotai UMNO Cawangan Tunas Baru di Jerai,betoi ka?...


Kalau betui baguih lah,akan ada ramai pemimpin yang berwibawa dalam Jerai dan ahli-ahli UMNO pun bolehlah pilih yang mana depa nampak berkarisma sebagai pemimpin yang beleh mengembalikan UMNO Jerai kezaman kegemilangannya dulu.


Kepada penyokong dan pendukong Dato mie tak payahlah dok risau dan bimbang,Jamilkhir dah jadi menteri dah,dia mai pun nak kuatkan UMNO Jerai saja...kalau ada desas desus tu biasalah...kan politik UMNO Jerai selalu camtu,jangan pula nanti terdengar cerita yang Jamilkhir nak lawan Ketua Bahagian pula,kalau Dato mie pimpin UMNO Jerai baguih apa yang nak dirisaukan,kalau banyak orang sokong Jamilkhir bertanding Ketua Bahagian Jerai apa nak kata bertanding lah,lagi pun Jamilkhir pun anak jati Jerai juga.

Dengar kata YB Dr.Ku Rahman cukup sinonim dengan Jamilkhir,elok lah tu kedua-dua depa ada kewibawaan tersendiri wajarlah berganding bahu bagi memulihara UMNO Jerai,takkan nak harap kat Dato mie saja,kesian lah kat dia sama.

Kita harap Tunas Baru di Jerai ini akan bertunas untuk semua rakyat dan menjalarkan bakti buat UMNO menawan kembali parlimen Jerai dan DUN Sg.Limau dari tangan PAS,Kelebihan yang dimiliki oleh Jamilkhir akan berupaya merealisasikan hasrat kita semua jika usaha dan tunas tersebut tidak dipancung awal oleh dombaan politik yang senget di Jerai ini.

Saturday, November 21, 2009

PKR JERAI makin hari makan kuah.

PKR JERAI sekali lagi mendapat tamparan pedih,dulu Ketua Cabangnya lari (Kalaivanar) la ni pula Arumugam yang letak ADUN Bukit Selambau pula dipilih menjadi Penyelaras DUN bagi PKR,yang naya ialah dua tiga kerat melayu yang sokong PKR di Jerai ni lah yang telan ayaq liog.

Saudara Shahidan sebagai pemangku Ketua Cabang PKR Jerai hanya boleh bergerak sebagai Ahli Majlis Daerah Yan saja lah,nampak gaya kena belemoeh lagi lah,apa tak nya yang sedap-sedap orang lain yang dapat,yang sakit dan pedih dia yang kena buat,nasib lah.

PKR Jerai kebanyakkan ahlinya adalah orang India,melayu tak berapa kerat pun,kalau ada pun hanya rakan-rakan shidan saja,tu pun pakai tangkap saja apa,tapi oleh kerana PKR dalam PAKATAN RAKYAT dan dapat perintah kedah maka ada jugalah tempat nak bernaung walaupun PAS kadang-kadang tak nampak pun PKR Jerai.

Ada ketikanya PKR Jerai terpaksa mengemis meminta-minta dari PAS tapi PAS tak layan,itu cukup memedihkan sebaliknya PKR diminta pula memberikan kerjasama kepada PAS untuk semua aktiviti dan program PAS Jerai,PKR Jerai tak punya apa-apa.

Pada PAS Jerai tak menganggap PKR Jerai ini ada dan boleh membantu,cuma sekadar jadi tukang sorak bila berkumpul saja,kesemua peruntukkan disebat oleh PAS Jerai dan PKR hanya jadi penumpang untuk memenuhi kerusi saja bertepuk tangan tak lebih dari tu,maka PKR Jerai diibaratkan makan kuah hari-hari dalam perhubungan depa dalam PR di Jerai ini.

Tuesday, November 17, 2009

KOTA SIPUTEH.....Siapa akan berPUTEH mata?...



PRK Kota Siputeh pula ka?....pertanyaan dari warga politik dikedah la ni,apa hal pula?


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa DUN KOTA SIPUTEH kosong berikutan ADUN nya gagal hadir Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dua kali berturut-turut, maka PRK boleh diadakan.

ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Shariff sedang mengemukakan rayuan ,itu lapuran dari berita yang diterima.


Persoalan sekarang ialah siapakah antara parti yang bertanding nanti yang akan menang,kalau PAS yang menang bermakna akan bertambah kerusi dan kekuatan mereka dalan DUN KEDAH,UMNO kalau menang lagi hanya sekadar mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam PRU12 saja,dan dipersia-siakan oleh wakil rakyat tersebut.
Sesiapa pun dikalangan rakyat marhaen tidak tahu apakah punca masaalah yang berlaku,mungkin YB Datuk Abu Hassan tahu sebab musababnya,dan speaker DUN Kedah juga tahu bagaimana nak mengurangkan jumlah kerusi UMNO/BN di Kedah,sebab itu tindakkan diambil.
Jika berlaku PRK Kota Siputeh,PAS yang ada kelebihan berdasarkan pemerintahan dan penguasaan kerusi DUN yang mereka menangi,namun UMNO juga berupaya mempertahankan kerusi DUN tersebut jika calon yang diletakkan dapat memikat hati pengundi disitu,siapa calon dari UMNO itu?...cakap-cakap pasar diperingkat akar umbi banyak dikalangan rakyat berkehendakkan Dato Mukhriz,tapi apa rasionalnya?...
Jika rayuan Dato Abu Hassan gagal,maka sah lah PRK Kota Siputeh akan jadi kenyataan,sekiranya dalam PRK itu nanti UMNO/BN menang maka BN kekalkan kerusi tersebut,jika PAS yang memenangi kerusi tersebut bermakna BN berputeh mata kerana sedikit kesilapan teknikal menyebabkan satu kerusi yang sah dimiliki hilang begitu saja dan PAS terus tersenyum bangga,apa pun jika Datuk Abu Hassan dicalonkan semula serta menang sekali lagi,kekallah beliau sebagai wakil rakyat,jika tidak berputeh matalah beliau melihat Kota Siputeh beralih tangan kepada yang lain.
Persoalan dibenak pengundi kota siputeh dan rakyat Kedah sekarang ialah siapakah yang benar,Dato Abu Hassan,speaker DUN Kedah,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,Mahkamah Rayuan atau PRK Kota Siputeh?... sama-samalah kita nanti perkembangan selanjutnya.
Kepada UMNO Kedah bersedialah untuk menghadapi PAS yang memerintah negeri sekarang ini,PRK ini medan ujian jika berlaku apakah UMNO sedia diterima semula atau perlu dipertingkatkan lagi usaha memikat hati rakyat, Kepada Dato Abu Hassan banyak-banyaklah bersabar,kata pepatah cina "Kejar burung yang terbang,kura-kura dikaki disepak buang"

Sunday, November 15, 2009

Bolehkah UMNO tawan semula JERAI?.....

Kemelut dalaman UMNO Jerai boleh memungkinkan sekali lagi parlimen Jerai kekal ditangan PAS,itu antara kata-kata yang terdengar dari meja kedai kopi dalam Jerai la ni.

Banyak pendapat ada menyatakan jika Jamilkhir dicalonkan sebagai Ahli Parlimen kemungkinan besar UMNO boleh rampas kembali kerusi tersebut.

Apa akan jadi dengan Dato mie sebagai ketua UMNO Bahagian jika Jamilkhir yang jadi pilihan pucuk pimpinan?...

Ada juga suara dari penyokong Dr.Ku Rahman yang mahu beliau untuk kerusi parlimen Jerai.
pun begitu masih ramai yang mahukan Dr.ku rahman kekal sebagai Adun Guar cempedak.

Faktor Ikhmal juga ada kemungkinan dicalonkan untuk parlimen,namun berikutan perkembangan politik Jerai dimana ikhmal dilantik sebagai penyelaras DUN Sg.Limau maka kedudukan ikhmal besar berpihak sebagai kambing hitam sebagai calon Dun Sg.Limau.

Hj.Fadillah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian dijangka berminat untuk dicalonkan sebagai Adun Guar cempedak,semuanya bergantung pada situasi politik semasa atas perkiraan yang munasabah berdasarkan BN yang menguasai DUN Guar cempedak.

UMNO Jerai pada ketika ini sedang berusaha mengembalikan keyakinan pengundi dan pelbagai aktiviti yang dijalankan kesemuanya menjuruskan kepada penonjolan watak masing-masing untuk mengekalkan populariti sebagai pemimpin UMNO .

Apa pun rakyat melihat situasi ini sebagai usaha terakhir memenangi hati pengundi,pemimpin UMNO Jerai dilihat sedang mencari ruang untuk menongkah arus diperingkat atasan dan dibawah bagi merealisasikan impian bergelar calon untuk ADUN dan Parlimen.