Friday, March 26, 2010

POLITIK DALAM PARTI


Gah orang dok bercakap yang UMNO Jerai takkan habis dengan polemik politik picisan dalam parti tu la ni.

Yang terbaru cerita Ezam Md.Noor yang dipanggil mai ceramah di sg.yan yang dibuat tidak melalui Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerai.
Difahamkan Pergerakan Pemuda Jerai yang atur bersama Pejabat ADUN Guar Cempedak untuk majlis tersebut,baguihlah mau buat juga program ceramah,walaupun Pemuda UMNO Jerai dilihat hanya sebagai penyeri dalam majlis saja sebelum ni.

Tetapi yang orang dok bercakap la ni bukan soal ceramah tu,depa dok bercakap soal Pemuda Bahagian dan ADUN Guar Cempedak macam ada yang tak kena dengan pimpinan UMNO Jerai,kan ada Biro penerangan yang zaman berzaman dari dulu dok kendalikan setiap ceramah termasuk ceramah pilihanraya,takan YB Dr.Ku Rahman tak perasan kut,dia pun biasa pegang Jawatan Ketua Penerangan UMNO Jerai.

Buat program ceramah tu baguih,tapi cara dan pelaksanaannya tu nampak janggal kerana UMNO Jerai ada sayap yang mengendalikannya iaitu Biro Penerangan dan Biro ni pun aktif juga menganjurkan ceramah,tetapi terpaksa mengalah dengan membatalkan jadual ceramah yang sepatutnya diadakan pada hari tersebut semata-mata memberi laluan kepada ceramah Ezam yang dibuat oleh Pejabat ADUN Guar Cempedak,patut ka jadi macam tu?...........

Untuk berbuat baik sesama sendiri cukup susah,itu pun payah sangat nak berkerjasama...nak cari pasai mudah saja...bila ada Biro Penerangan Bahagian,pihak lain pula yang atog ceramah,bermakna cari pasai dan nak tunjuk hebat kut atau tak mau iktiraf jentera UMNO Bahagian?.........Masa pilihanraya dulu pun Biro penerangan tu jugalah yang dok atog ceramah dan berkerja untuk bagi menang DUN Guar Cempedak,awat la bila menang,biro penerangan Jerai nak diketepikan?...........kalau pun ada yang tak puashati kat sapa-sapa,tak boleh ka demi umno bertautlah kembali.Buanglah rasa dendam dan ego dihati...dah kata berjuang untuk UMNO,tak tau la kut nak berjuang untuk diri sendiri.

Pemuda pun satu hal juga sepatutnya jadi pelapis yang boleh menyatukan perselisihan antara pemimpin dengan pemimpin bukannya menyebelahi mana-mana pihak,ini sah memihak dan mengenepikan program Bahagian,nampak sangat opportunist...sedarlah asal usul dulu siapa kita,sekarang bila berjawatan dalam UMNO Bahagian,siapa kita la ni,somebody juga.Ingatlah Jawatan itu sementara dan pangkat darjat serta wang ringgit yang banyak juga akan terhapus jua,hati budi dan jasa baik jua tetap dikenang.

Jeraiyan hanya terkilan dengan sikap pemimpin Jerai yang sebegini,alangkah baiknya jika penyatuan dapat dilakukan oleh semua anggota dalam UMNO Jerai,ketepikan kepentingan peribadi,bulatkan muafakat demi kemenangan UMNO kelak,jangan ingat DUN Guar Cempedak selamat,dalam keadaan UMNO Jerai bersatu dulu pun DUN Guar Cempedak menang hanya 1500 lebih saja,bagaimana pula bila tak mau bersatu?........Fikirkanlah.

1 comment:

  1. Kalau banyak ceramah yang diatur dalam kawasan Parlimen Jerai oleh Umno Bahagian atau Pejabat ADUN Guar Chempedak, semuanya untuk kebaikan parti dan ahli Umno. Usahlah pertikai anjuran siapa...semuanya untuk kebaikan...Masalah kecilpun nak diperbesarkan...ashik pertikai semuanya...apa nak jadi ha !

    ReplyDelete

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....