Sunday, October 4, 2009

SG.LIMAU... berkesankah ada penyelaras DUN UMNO?...


DUN SG.LIMAU adalah milik PAS yang diwakili oleh MB Kedah YAB Dato Seri Azizan Abd.Razak,dah dekat empat penggal bermukim dan menghuni disitu,jangankan kata tedong senduk,nyamuk dan agas pun tak mampu nak gigit dia,begitulah kebalnya Ust Azizan di Sg.Limau.


Pelbagai cara yang dibuat oleh UMNO bagi meraih sokongan pengundi dan rakyat dalam DUN ini namun masih tak ternampak apa-apa hasil,apa yang nyata dari pihak UMNO hanya boleh dikatakan sekadar nak tonjol sesaorang penjawat politik kebawah sebagai tokoh yang berkerja untuk parti sedangkan pembaikpulih kesan tsunami politik membangun dan membina tidak kesampaian,biarpun sdr.Ikhmal yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jerai yang jadi pilihan sebagai Penyelaras BN bagi DUN Sg.Limau.


PAS bergerak dengan selesa di Sg.Limau,disokong dengan peruntukan kecil yang dilulus segera,semua jentera dan MKK PAS begitu agresif menjalankan tugas bagi mengambil hati penyokong-penyokong mereka,pelbagai bantuan dihulurkan dari khemah dan kerusi meja kenduri hinggalah pada batu dan tanah merah,kesemua dibuat secara segera,yang menerima dikalangan penyokong mereka tidak tahu apa-apa pun selain dari menerima saja setiap pemberian yang diuruskan oleh MKK,MKK PAS begitu berperanan hinggakan fungsi JKKKP yang sedia ada tenggelam dan tak bermaya.


UMNO JERAI masih dengan dendangan lama yang lapuk dalam melaksanakan tugas politik di DUN SG.LIMAU,mungkin dah tak dak lagi kuasa nak melawan kut,atau berkhidmat sekadar melepas batuk ditangga,tidak ada sebarang perancangan yang mempersonakan untuk rakyat dalam DUN ini,kalau ada pun hanya sekadar mencari populariti dan gimik untuk sesaorang pemimpin UMNO Bahagian saja,hiraki dan cara pemilihan Penyelaras DUN pun tidak menggambarkan nilai kehendak pengundi dan masyarakat DUN Sg.Limau itu sendiri,ianya dilakukan atas kehendak UMNO Bahagian saja,malahan khidmat yang diberikan tidak menyeluruh dan sekadar untuk buat saja.

DUN SG.LIMAU adalah DUN yang UMNO sering kalah dalam empat pilihanraya umum yang lalu,rekod menunjukkan yang UMNO tidak mungkin berupaya melawan jika tidak ada cara dan sistem yang membolehkan pengundi bertukar haluan,PAS cukup bersedia mempertahankan DUN SG.LIMAU yang menjadi kubu kuat mereka sedangkan UMNO masih nyenyak berdengkur seolah-olah masih kuat berkuasa dan memerintah.

Antara PAS dan UMNO dapat disimpulkan bahawa jentera PAS berfungsi berkhidmat untuk parti dan penyokong mereka secara pukal dan timbalbalik iaitu mendapatkan sokongan daripada penyokong dengan kesetiaan kepada pemimpin dan parti mereka,sedangkan UMNO berkhidmat dengan mengutamakan penyokong yang menyokong pemimpin mereka daripada mengutamakan penyokong yang menyokong parti,taqk heranlah jika ada ahli UMNO yang masih tak kenal siapa Ketua UMNO Bahagian dan ada yang tak kenal siapa Penyelaras DUN Sg.Limau dari BN dan UMNO.Mampukah UMNO Jerai merampas DUN Sg.Limau pada PRU13 nanti?...tunggu posting yang akan datang akan didedahkan kemelut UMNO JERAI pula.

No comments:

Post a Comment

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....