Wednesday, October 7, 2009

Dato Mie?...UMNO Jerai di recond.....


YAN 6hb.okt.2009- UMNO Jerai dibawah pimpinan Ketua Bahagian Dato Hj.Mohd Shuhaimi dikhabarkan masih terbelenggu dengan isu perlantikan Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang baru untuk menggantikan Ustaz Halim yang dilantik tetapi tidak dapat berfungsi sebagaimana seperti yang dikehendaki oleh UMNO.


Othman Shafee dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Jerai yang baru,difahamkan Dato Mie terpaksa melantik beliau berikutan desakan daripada rakan-rakan AJK UMNO Bahagian Jerai yang kebanyakan kaki bodek dan kaki ampu dalam UMNO Jerai.Ada kalangan dalam UMNO Jerai yang tidak berpuashati dengan perlantikan Othman ke Jawatan itu kerana rekod kerja semasa era kepimpinan Dato Badaruldin ketika itu Othman yang diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Bahagian telah melakukan banyak kesilapan dalam mengemudikan potfolio penerangan yang merugikan UMNO.


Banyak yang mempertikaikan perlantikan Othman ke Jawatan itu,antaranya ketua-ketua UMNO Cawangan dan sebahagian AJK Bahagian namun atas kuasa Ketua Bahagian perlantikan itu diteruskan,apalah ertinya bernaung dibawah pimpinan Ketua yang tidak bijak dalam isu perlantikan Jawatan penting UMNO Bahagian sedangkan orang yang dilantiknya (Othman) adalah orang yang banyak berbuat kesalahan dan dosa dalam UMNO Jerai,begitulah rungutan beberapa AJK Bahagian yang juga Ketua UMNO Cawangan,tak ada orang lain kah yang lebih baik dari Othman Shafee untuk dilantik?...tak kan nak pakai khidmat recond kut?...

Dari kaji selidik dan sembang-sembang kedai kopi banyak pihak dikalangan ahli UMNO Jerai tak puashati dengan tindakan Ketua Bahagian Dato Mie melantik Othman Shafee sebagai Ketua Penerangan UMNO Jerai,kata mereka jika Dato Mie nak tengok UMNO dan BN menang pilihanraya sepatutnya lebih baik lantik tokoh dari kalangan yang tidak ada sejarah hitam dalam UMNO Jerai iaitu menampilkan muka baru yang berwibawa daripada melantik orang yang berdosa dan merosakkan UMNO macam Othman itu.Nampak gayanya Dato Mie lebih mementingkan kawan daripada nak menang pilihanraya dan dah nampak terang dan bersuluh Dato Mie tak layak jadi peneraju UMNO Jerai,begitulah ungkapan kata-kata daripada ahli UMNO bawahan.

Dari kemelut yang terdapat dalam kancah fikiran generasi UMNO diperingkat bawahan dapat kita andaikan bahawa sehingga kini apa jua keputusan yang Dato mie buat sebagai Ketua tidak menepati dan memenuhi kehendak ahli UMNO Cawangan-cawangan,oleh yang demikian reputasi beliau sebagai Ketua Bahagian dipersoalkan dan dianggap tidak konsisten serta corak dan gaya pimpinan beliau dijadikan senda gurau dan mainan kata-kata " orang nak pakai barang baru untuk terus teguh dan kukuh,UMNO Jerai pi pakai barang recond " dan gelaran Man 16 recond pun mula bergema disetiap penjuru Jerai.

1 comment:

  1. Masih ada lagi kata-kata yang tidak enak terhadap kepimpinan Ketua Umno Bahagian Jerai..Apa nak jadi ...semua tak puas hati...marilah kukuhkan Umno Jerai

    ReplyDelete

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....