Sunday, November 15, 2009

Bolehkah UMNO tawan semula JERAI?.....

Kemelut dalaman UMNO Jerai boleh memungkinkan sekali lagi parlimen Jerai kekal ditangan PAS,itu antara kata-kata yang terdengar dari meja kedai kopi dalam Jerai la ni.

Banyak pendapat ada menyatakan jika Jamilkhir dicalonkan sebagai Ahli Parlimen kemungkinan besar UMNO boleh rampas kembali kerusi tersebut.

Apa akan jadi dengan Dato mie sebagai ketua UMNO Bahagian jika Jamilkhir yang jadi pilihan pucuk pimpinan?...

Ada juga suara dari penyokong Dr.Ku Rahman yang mahu beliau untuk kerusi parlimen Jerai.
pun begitu masih ramai yang mahukan Dr.ku rahman kekal sebagai Adun Guar cempedak.

Faktor Ikhmal juga ada kemungkinan dicalonkan untuk parlimen,namun berikutan perkembangan politik Jerai dimana ikhmal dilantik sebagai penyelaras DUN Sg.Limau maka kedudukan ikhmal besar berpihak sebagai kambing hitam sebagai calon Dun Sg.Limau.

Hj.Fadillah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian dijangka berminat untuk dicalonkan sebagai Adun Guar cempedak,semuanya bergantung pada situasi politik semasa atas perkiraan yang munasabah berdasarkan BN yang menguasai DUN Guar cempedak.

UMNO Jerai pada ketika ini sedang berusaha mengembalikan keyakinan pengundi dan pelbagai aktiviti yang dijalankan kesemuanya menjuruskan kepada penonjolan watak masing-masing untuk mengekalkan populariti sebagai pemimpin UMNO .

Apa pun rakyat melihat situasi ini sebagai usaha terakhir memenangi hati pengundi,pemimpin UMNO Jerai dilihat sedang mencari ruang untuk menongkah arus diperingkat atasan dan dibawah bagi merealisasikan impian bergelar calon untuk ADUN dan Parlimen.

1 comment:

  1. Salam Ziarah....

    Selesaikan dulu masalah dalaman UMNO lepas tu barulah fikirkan untuk menjadi calon.Jika mahu merampas kembali Parlimen Jerai la kalau tak mau buat la dok berebut nak jadi calon ni sampai PRU 13 ni.PAS dok bertepuk tangan dah la ni pun.......

    ReplyDelete

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....