Saturday, November 21, 2009

PKR JERAI makin hari makan kuah.

PKR JERAI sekali lagi mendapat tamparan pedih,dulu Ketua Cabangnya lari (Kalaivanar) la ni pula Arumugam yang letak ADUN Bukit Selambau pula dipilih menjadi Penyelaras DUN bagi PKR,yang naya ialah dua tiga kerat melayu yang sokong PKR di Jerai ni lah yang telan ayaq liog.

Saudara Shahidan sebagai pemangku Ketua Cabang PKR Jerai hanya boleh bergerak sebagai Ahli Majlis Daerah Yan saja lah,nampak gaya kena belemoeh lagi lah,apa tak nya yang sedap-sedap orang lain yang dapat,yang sakit dan pedih dia yang kena buat,nasib lah.

PKR Jerai kebanyakkan ahlinya adalah orang India,melayu tak berapa kerat pun,kalau ada pun hanya rakan-rakan shidan saja,tu pun pakai tangkap saja apa,tapi oleh kerana PKR dalam PAKATAN RAKYAT dan dapat perintah kedah maka ada jugalah tempat nak bernaung walaupun PAS kadang-kadang tak nampak pun PKR Jerai.

Ada ketikanya PKR Jerai terpaksa mengemis meminta-minta dari PAS tapi PAS tak layan,itu cukup memedihkan sebaliknya PKR diminta pula memberikan kerjasama kepada PAS untuk semua aktiviti dan program PAS Jerai,PKR Jerai tak punya apa-apa.

Pada PAS Jerai tak menganggap PKR Jerai ini ada dan boleh membantu,cuma sekadar jadi tukang sorak bila berkumpul saja,kesemua peruntukkan disebat oleh PAS Jerai dan PKR hanya jadi penumpang untuk memenuhi kerusi saja bertepuk tangan tak lebih dari tu,maka PKR Jerai diibaratkan makan kuah hari-hari dalam perhubungan depa dalam PR di Jerai ini.

No comments:

Post a Comment

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....