Tuesday, November 17, 2009

KOTA SIPUTEH.....Siapa akan berPUTEH mata?...



PRK Kota Siputeh pula ka?....pertanyaan dari warga politik dikedah la ni,apa hal pula?


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa DUN KOTA SIPUTEH kosong berikutan ADUN nya gagal hadir Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dua kali berturut-turut, maka PRK boleh diadakan.

ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Shariff sedang mengemukakan rayuan ,itu lapuran dari berita yang diterima.


Persoalan sekarang ialah siapakah antara parti yang bertanding nanti yang akan menang,kalau PAS yang menang bermakna akan bertambah kerusi dan kekuatan mereka dalan DUN KEDAH,UMNO kalau menang lagi hanya sekadar mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam PRU12 saja,dan dipersia-siakan oleh wakil rakyat tersebut.
Sesiapa pun dikalangan rakyat marhaen tidak tahu apakah punca masaalah yang berlaku,mungkin YB Datuk Abu Hassan tahu sebab musababnya,dan speaker DUN Kedah juga tahu bagaimana nak mengurangkan jumlah kerusi UMNO/BN di Kedah,sebab itu tindakkan diambil.
Jika berlaku PRK Kota Siputeh,PAS yang ada kelebihan berdasarkan pemerintahan dan penguasaan kerusi DUN yang mereka menangi,namun UMNO juga berupaya mempertahankan kerusi DUN tersebut jika calon yang diletakkan dapat memikat hati pengundi disitu,siapa calon dari UMNO itu?...cakap-cakap pasar diperingkat akar umbi banyak dikalangan rakyat berkehendakkan Dato Mukhriz,tapi apa rasionalnya?...
Jika rayuan Dato Abu Hassan gagal,maka sah lah PRK Kota Siputeh akan jadi kenyataan,sekiranya dalam PRK itu nanti UMNO/BN menang maka BN kekalkan kerusi tersebut,jika PAS yang memenangi kerusi tersebut bermakna BN berputeh mata kerana sedikit kesilapan teknikal menyebabkan satu kerusi yang sah dimiliki hilang begitu saja dan PAS terus tersenyum bangga,apa pun jika Datuk Abu Hassan dicalonkan semula serta menang sekali lagi,kekallah beliau sebagai wakil rakyat,jika tidak berputeh matalah beliau melihat Kota Siputeh beralih tangan kepada yang lain.
Persoalan dibenak pengundi kota siputeh dan rakyat Kedah sekarang ialah siapakah yang benar,Dato Abu Hassan,speaker DUN Kedah,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,Mahkamah Rayuan atau PRK Kota Siputeh?... sama-samalah kita nanti perkembangan selanjutnya.
Kepada UMNO Kedah bersedialah untuk menghadapi PAS yang memerintah negeri sekarang ini,PRK ini medan ujian jika berlaku apakah UMNO sedia diterima semula atau perlu dipertingkatkan lagi usaha memikat hati rakyat, Kepada Dato Abu Hassan banyak-banyaklah bersabar,kata pepatah cina "Kejar burung yang terbang,kura-kura dikaki disepak buang"

No comments:

Post a Comment

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....