UMNO JUARA RAKYAT
UMNO PARTI KERAMAT;
Perjuangan membela nasib rakyat,
Demi Agama,Bangsa dan Negara
Wahai Bangsaku Melayu,
Wahai Umat Muhammad,
Yakinlah dengan niat yang suci murni,
Negara ini milik kita,
Kitalah pembawa obor perjuangan,
Semarakkan sinar cahaya harapan,
Sebagai penyuluh haluan perjalanan,
Demi anak cucu kita yang mendatang.
Hari ini jalan berliku-liku,
Jangan patah dan langkah seribu,
Perteguhkan amanah ini Bangsaku,
Demi perjuangan anak Bangsa
Kerana....
Jika tidak kita,siapa?.......
Jika tidak hari ini,bila?............
Jika tidak bermula disini,dimana?.........
Ayuh wahai Bangsaku,
Lonjakkan semangat perjuangan,
Daulatkan Agama mu,
Perteguhkan Bangsa mu,
Julangkan Negara mu.
Marilah bersama membina insan,
Sejarah mengukir warisan,
Menuju wawasan Bangsa terbilang.
baguih,baguih no,sesah ja,
ReplyDelete