Tuesday, February 9, 2010

SEJAHTERAKAH RAKYAT KEDAH?.......

Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua,tu dia slogan yang telah dibillboard penoh satu negeri kedah ,sejahtera tu sejahtera lah tapi nikmat tu sapa yang dapat mengecapinya.

Kerajaan Kedah pimpinan PAS ni nampak gayanya banyak dok war-warkan pelbagai slogan,tapi yang nyata la ni rakyat tak dapat apa-apa pun faedah dengan slogan-slogan tu,hanya dok nampak poster ustaz azizan saja dok merata simpang jalan.

Nampak sangat Kerajaan PAS Kedah dok pebodo rakyat kedah,bagi segenggam dia kepoi secupak,Kedah sejahtera rakyat makin sengsara,dah la JBA diperbadankan dengan nama SADA,Harga air dengan bil yang melambung tinggi,air pula selalu terputus,air berselut pun kena bayar juga ka?,,...ni ka yang kata sejahtera?............

Bila Dato Shafie Afdal kata Kedah tak dak pembangunan untuk rakyat,MB Ustaz Azizan pun melatah,tapi hakikatnya memang betoi apa kedah la ni tak dak pembangunan untuk merancakkan lagi ekonomi negeri dan rakyat kedah akan bersenang dengan menikmati limpahan ekonomi hasil pimpinan PAS,Ni tak dak apa pun,yang ada hanyalah dok cerita bagi beras kat orang tua,bagi kasut kat budak sekolah bagi gerek kat orang jalan kaki,lain apa ada?..

Dulu dalam pimpinan UMNO banyak rakyat senang,kalau ada yang susah pun sebab depa ni memang suka cari susah,kerja ada tapi tak mau kerja,kalau mau kerja takkan jadi susah sebab banyak peluang pekerjaan yang dijana hasil pimpinan UMNO,la nak kerja pun tak dak sebab peluang pekerjaan tak dak,nak ada lagu mana kalau pelabur pun tak kebulur nak mai melabur di kedah.

Apa yang pasti la ni slogan Kedah Sejahtera tapi rakyat makin sengsara,pakat mailah kita tukar buang PAS,kita ganti dengan UMNO/BN semula untuk memimpin negeri kedah,kerana rakyat makin susah la ni.

No comments:

Post a Comment

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....