Sunday, February 28, 2010

Siapa exco Kedah yang digugurkan...?

Dari Wisma Darulaman,terdengar soksek-soksek depa dok cakap yang ada exco kena gugur,depa kata pula exco yang akan kena gugur terdiri dari golongan yang berbaka dari UMNO,betoi ka....tak dapat pasti lagi selagi MB Ustaz Azizan tak umum senarai Barisan Baru Exco Kedah bulan depan.

Ada sukusakat dari PAS kawasan yang dekat dengan Wisma Darulaman ada kata,exco yang digugurkan nanti bersebab,atau mungkin tak sebulu kut dengan MB.

Ada dikalangan penyokong PAS dok bercakap ,depa kalau boleh nak tengok exco baru dilantik dari kalangan pemimpin PAS yang berjiwa rakyat,tak mau dari golongan yang dok berjuang untuk kepentingan sendiri dan keluarga serta kawan-kawan saja.(rasa-rasa cam ada exco yang penyokong PAS tak berkenan )

Apa pun yang diumumkan nanti,samaada digugur atau tidak ,tak kan ada kesannya pada rakyat kedah,yang ada exco la ni pun hanya tumpang toi apa yang ada saja,tak dak satu benda baru dibuat untuk faedah rakyat kedah selain momokan slogan saja,MB pun tak boleh nak buat perubahan apa pun dalam pentadbiran kedah walaupun dalam kempen PRU12 dulu macam-macam ditawarkan kalau menang dan perintah kedah,la ni tengoklah apa yang dibuat,buat SADA (syarikat air Darul Aman) pun dok tekan rakyat,dulu biasa bil air yang digunakan cuma RM10 hingga RM13 la ni melambung sampai RM30 ke RM40 sebulan.Cam ni ka dok kata Kedah Sejahtera?.....Poddahhhhhhhhhh.










No comments:

Post a Comment

Ulasan anda tanggungjawab anda,jangan salahkan orang lain atas kesilapan anda....